selamat datang

_____________________________________________________________________________________________________________________

Wednesday 23 March 2011

MARI MENJELAJAH KE BENUA EROPAH

MENJELAJAH KE BENUA EROPAH
( 06 HARI / 05 MALAM )
GERMAN / SWITZERLAND / PERANCIS / BELGIUM / BELANDA / ENGLAND
Frankfurt - Stuttgart - Lucerne - Paris - Brussels - Amsterdam - London


HARI 01 KLIA / BAHRAIN / FRANKFURT
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. Berehat sebentar sementara menunggu masa untuk mengambil penerbangan ke Frankfurt.

FRANKFURT / STUTTGART 
FRANKFURT AIRPORT

Setelah tiba di Frankfurt Airport, perjalanan seterusnya bertolak ke Kota Stuttgart - Metzingen yang merupakan pusat membeli belah '' Factory Outlet '' yang agak terkenal di German. Terdapat barangan yang berjenama seperti '' Bally, Bogner, Hugo Boss, Cerruti 1881, Diadora, Escada, Esprit, Lacoste, Galizia, Golfino, Jil Sander, Joop, Hilfinger dan sebagainya dan yang penting sekali anda boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Selepas itu anda akan bermalam di stuttgart.

STUTTGART CITY
  
OUTLETCITY METZINGEN
  
HARI 02 STUTTGART / BLACK FOREST / SCHAFFHAUSEN / LUCERNE 
Selapas sarapan pagi, anda semua akan berangkat ke Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah iaitu THE RHINEFALLS. Anda juga akan melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan yang indah disini. Seterusnya bertolak ke Lucerne. Lucerne adalah merupakan kota warisan yang terkenal dengan pergunungan Alps dan dikelilingi oleh tasik yang terjadi dari sungai '' Reuss ". Setibanya di sana anda akan terus ke hotel penginapan untuk berehat dan bermalam di Lucerne.
SCHAFFHAUSEN RHEINFALL
BLACK FOREST
LUCERNE CITY

HARI 03 PARIS
Selepas sarapan pagi anda akan dibawa melawat ke Paris, kota yang terkenal dengan suasana romantik
dan khayalan. Menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel dan melawat ke '' Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees, Cathedralof Notre Dame yang dibuat dari gelas kaca.
Menyusuri Sungai Seine dengan bot dimana anda akan dapat melihat bangunan yang berusia 2000 tahun dan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte. Pada sebelah petang aturcara bebas membeli-belah. Anda berpeluang melihat banyak Windmill apabila memasuki Negara Holland. Sampai di Amsterdam dan aturcara bebas. Anda boleh merancang sendiri untuk keluar melihat aktiviti malam di Amsterdam. Selepas sarapan pagi lawatan ke kilang memproses dan memotong batu permata (berlian). Seterusnya acara menarik menyusuri sungai dengan menaiki '' Canal Cruise '' yang merupakan pengangkutan air yang terkenal di Kota Amsterdam sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah. Pada sebelah petang lawatan Zaanese Schans iaitu perkampungan ''Windmill'' dan perkampungan nelayan Volendam yang menarik. Seterusnya lawatan ke kilang memproses keju dan membuat kasut ( clog Maker ) dan anda juga berpeluang melihat demontrasi cara pembuatannya.

EIFFEL TOWER
CATHEDRAL OF NOTRE DAME
SEINE RIVER
CANAL CRUISE
ZAANESE SCHANS
  
CLOG MAKER

HARI 04
Balik ke Amsterdam dan anda berpeluang bersiar-siar di dataran yang tertua di Amsterdam iaitu '' Damrak Square ''. Bermalam di Amsterdam.Bertolak ke belgium iaitu bandaraya yang berusia 1000 tahun. Nama Brussels diambil sempena 19 daerah kerajaan Perancis. Selepas itu anda akan bertolak ke London menaiki Eurostar. Sampai di London anda akan dibawa terus ke hotel untuk bermalam.

DAMRAK SQUARE

DAMRAK SQUARE
BRUSSELS BELGIUM

BRUSSELS BELGIUM

HARI 05
Selepas sarapan pagi lawatan ke House of Parliaments, Big Ben, Westminter Abbey dan Trafalqar Square dan seterusnya aturcara bebas membeli-belah dilokasi yang terkenal iaitu Oxford Street, Dan anda juga akan bermalam di London.

House of Parliaments

Big Ben
Westminter Abbey
Trafalqar Square
Oxford Street
HARI 06 LONDON / BAHRAIN
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk pulang ke tanah air melalui Bahrain.

1 comment:

  1. Traveling & Catering, please visit us at :-
    a) http://qasehtravelsempoi.blogspot.com/
    b) http://qasehkateringterbaik.blogspot.com/

    Any inquiries do not hesitate to sms/wechat/wassup us at 019-442 4170 Thank you.

    ReplyDelete