selamat datang

_____________________________________________________________________________________________________________________

Monday 28 March 2011

JOM-JOM MENGENALI BANGKOK DAN PATTAYA

MENGENALI BANGKOK , PATTAYA
( 4 HARI 3 MALAM )


Hari 01 KUALA LUMPUR - BANGKOK (MM)
Tiba di Bangkok International Airport, anda akan disambut oleh wakil dan di bawa melawat salah sebuah Masjid yang terkenal di sini.Seterusnya anda akan dibawa ke hotel untuk beristirehat. Pada sebelah petang, anda akan dibawa makan malam di restoran tempatan dan seterusnya ke Suan Lum Night Market. Peserta boleh membeli-belah dan melihat aktiviti malam di Bangkok.
BANGKOK INTERNATIONAL AIRPORT


SUAN LUM NIGHT MARKET


Hari 02 BANGKOK- PATTAYA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat ke Chao Phraya River. Sunai yang terkenal dan mendapat jolokan nama '' River of Kings '', merupakan jalan air yang penting di pusat bandar ini. Panjang sungai ini kira-kira 370 km. Lawatan diteruskan ke Pattaya. Anda akan dibawa ke Sriracha Tiger Zoo. Zoo yang menempatkan lebih 200 ekor harimau Bengal, 100,000 ekor buaya dan pelbagai spesis haiwan lain. Anda akan mendapat menyaksikan pelbagai persembahan penjaga zoo dengan haiwan-haiwan seperti buaya, harimau dan kala jengking. Menariknya penjaga zoo yang membuat persembahan terdiri daripada wanita-wanita muda. Makan Tengahari dan check in hotel. Malam, anda akan dibawa menyusuri Walking Street di Pattaya. Saksikan kemeriahan dan aktiviti malam masyarakat disini. Peserta juga boleh menyaksikan persembahan Alcazar show, yang terkenal dan dipertontonkan di serata pelusuk negara lebih 20 tahun (optional).

CHAO PHRAYA RIVER



SRIRACHA TIGER ZOO
WALKING STREET PATTAYA
 
  
ALCAZAR SHOW

Hari 03 PATTAYA - BANGKOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda dibawa menaiki speedboat ke Koh Larn atau lebih dikenali sebagai Coral Island. Anda juga boleh berjalan-jalan menyusuri pantai dan menikmati keindahan semulajadi ataupun mencuba perlbagai sukan air yang terdapat di sini, antaranya ialah water ski, parasailing, jet ski, banana boat dan lain-lain lagi. (optional ) Petang, anda akan di bawa melawat Nong Nooch Village. Saksikan persembahan muzik,tarian kebudayaan Thailand, Pertunjukkan gajah dan lain-lain. Di Village ini juga anda akan dapat menyaksikan pelbagai taman-taman tropical dan tasik-tasik yang cantik sekali. Lewat petang, anda akan dibawa ke The Dark Ride Park, yang mana galeri batu-batu permata. Pulang semula ke Bangkok. Masa untuk anda shopping di Mah Boon Krong, shopping mall popular, menjadi kunjungan para pelancong mahupun masyarakat tempatan. Selepas itu anda akan makan malam di restoran tempatan.

KOH LARN ( CORAL ISLAND ) 
 
NONG NOOCH VILLAGE

MAH BOON KRONG

Hari 04 BANGKOK - KUALA LUMPUR
Selepas sarapan, peserta bebas merancang aktiviti sendiri sebelum di bawa ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Traveling & Catering, please visit us at :-
    a) http://qasehtravelsempoi.blogspot.com/
    b) http://qasehkateringterbaik.blogspot.com/

    Any inquiries do not hesitate to sms/wechat/wassup us at 019-442 4170 Thank you.

    ReplyDelete